Friday, 4 May 2012

dena bahrin ;)

Hai and Assalamualaikum!
Hmm.. Kali ni aku nak update pasal seorang kawan yang aku anggap kawan (bajet). nama kawan yang aku maksudkan ni ialah Dena Bahrin! kenal? alaaa, tak kan tak kenal kot.. hamba Allah yang kena proposed oleh seorang jejaka bernama Suffian Ariff . tak kenal jugak? tengok video ni kalau tak kenal jugak.



kenal dah? bagus! nama penuh dia bukan lah Dena Bahrin. tu nama komersial saje. nama penuh yang diberi ialah Nur Dianah bt Kamarul Bahrin. masa dia kene proposed umur baru aje 19. emm, nak tahu pasal macam mane dia boleh kena proposed? ha! play laa video kat atas tu. then korang tahu lah macam mana sweet nya kisah si Dena Bahrin ni. aku tengok video ni aku nangis, tak tahu laa korang. (peace ^^V) selain daripada video ni, korang boleh jugak baca kat blog dia yang pasal kena proposed ni :)

lepas kena proposed sweet macam 2, siapa tak nak terima? so, Dena Bahrin ni pon terima lah.. lebih kurang 5-6 bulan lepas tunang diorang pon kawen. ape yang best nye, diorang tak bercinta pon sebelum kawen :) sweet kan? Allah sahaja tahu bertapa sweet nya kisah diorang nie. semoga diorang kekal dan bahagia till jannah. InshaAllah ♥ ni beberapa gambar masa diorang kawen. aku amik dari twitter Dena Bahrin :) 

chantekk kan dena? :) comel sangat!
sweet nya :')


lagi sweet :')
cute aje :) malu-malu ♥




sweet +++

sesuai kan? muka pun nak sama :)

tabekk :)

hantaran! rainbow al-Quran!

ni pon part of hantaran :)

sweet plus++



bila dah kawen baru nak date. cute :)

tengok gambar pon aku nangis, apa lagi pergi majlis kawen diorang. tapi naseb baik aku tak pergi. nak pergi macam mana.. tak di jemput :( tapi elok jugak, kalau tak, mahu nya banjir satu dewan tu dek sebab aku nangis? LOL :D

oleh kerana aku tak dijemput, so tak ade lah gambar and cerita pasal majlis kawen :( tapi aku ade orang yang pergi :) nak tau cerita nya? baca lah cerita si Zharif Azis :) dia dijemput sebab dia add facebook Dena Bahrin. eden tak dapat laa nak add sebab ramai sangat dah yang add dia kat facebook. oleh kerana banyak friend request, aku pon tak boleh nak hantar friend request. aku pasti, kalau aku add Dena Bharin, kompem dia approve punya. kui kui kui *gelak malu-malu* (sekali lagi bajet)

emm, aku rasa takat ni aje lah entry aku kali ni. apa yang aku nak cakap kat sini, dena ni sangat lah adorable, kata-kata dia sangat lah inspiring. banyak bagi semangat :) apa yang penting aku suka! LOL

p/s: sebenarnya tengah tunggu, bila lah si dena yang comel nie nak update blog. orang lain pulak yang update dulu dari dena. LOL.. tak sabar nak dengar cerita dari pihak Dena Bahrin sendiri!! hehe :D

Thursday, 12 April 2012

ayah aku

Assalamualaikum wbt.

hmmm,, yeee..aku tahu aku da lama tak hupdate blog ni.. (nak jadi blogger konon.! hupdate blog pon mls.!).
hehe..meh eden nak terang kan sikit kat sini (bajet orang nak tahu sangat lah kenapa kau tak hupdate blog yer?). aku bukan tak nak update blog. tapi seeloknya aku tak hupdate blog :) kenapa? due to emotional thingy.. :) so, dari aku emo-emo hupdate blog, baik aku tak hupdate :) dalam masa aku tak hupdate blog tu, aku luangkan masa untuk diri aku nih untuk muhasabah diri. lebih elok kan? heee :D

hmm, entry kali ni aku nak tulis pasal ayah aku yakni papa aku :) this is the real one okay. bukan angkat bukan tiri. ini biological father lah :D heee..aku nak tulis ape pasal dia?? hmmm..

ayah, papa, abah, walid, daddy dan ape-ape aje lah yang korang panggil kat bapa korang, aku nak cakap kat sini, seorang bapa itu penting dalam sesebuah carta keluarga. kenapa? habis, kalau ayah korang tak ade, macam mana korang nak tengok dunia ni? tak kan lah mak korang bole mengandung tanpa ada nya seorang lelaki yang bernama bapa ni.. pelik laa kalau korang tak pernah ada bapa..untuk yang bapa nya sudah tiada, jangan sedih ye? ayah korang mesti suka tengok korang..sebab korang ingat kat dia.! heee :D bagus korang ^.^
tapi aku pelik dengan orang yang ada bapa dan bapa korang care sangat-sangat pasal korang, tapi korang buat tak endah aje.. hummph.,, tak dapat eden nak tolong..masing-masing dah besar, boleh fikir sendiri tentang bertapa berharganya seorang bapa..sama juga dengan ibu..sama penting. kalau lah tiada kedua-dua tu, tak ada lah korang dalam dunia ni.tak wujud pon. jadi, bersyukur lah. pada yang rasa tak bersyukur atau yang fikir 'alah, kalau aku tak wujud pon tak ape'.. ish.! korang nih. semua itu ketentuan Illahi, jangan cakap macam tuh.! itu dah kira korang tak bersyukur dan boleh kira mempersoalkan kejadian dan ketentuanNYA. siapa lah kamu mahu mempersoalkan semua itu. DIA maha berkuasa, boleh buat apa sahaja pada bila-bila masa diluar jangkaan kita dan tanpa kita sedari. jadi bersyukur lah dengan nikmat yang diberi :)
hmmm, nak ceramah lah pulak aku ni. adoii, tape-tape..nasihat-menasihati itukan amalan kita sebagai umat Islam? hee :D

sebenarnya apa yang aku nak cerita kat sini bukan lah ceramah agama, tapi aku nak cerita pasal ayah aku :)
3 hari lepas aku ada call papa.first call,dia tak angkat. aku call lagi..banyak kali, tapi satu pon papa tak angkat. sedih jugak aku. seingat aku, aku try call papa selama 2 hari. tapi dia tak angkat satu pon. usually, kalau aku buat missed call, pasti papa aku akan call balik. tak kira pukul berapa pon. tapi kali ini tidak. macam mane laa tak sedih.. lastly, aku decided untuk text papa..

sms aku:
'papa, col along balik..'

tak sampi 5 minit papa aku call aku..
papa: haa,along nak ape?
aku: emm, emm.. saje je call papa..papa sihat?
papa: hmmm.. (then senyap)
**seterusnya perbualan yang tak penting. antara bapa dan seorang anak perempuan..
tapi perbualan tu tak lama pon. sekejap saje sebab papa macam marah and aku tak tahu nak cakap ape sebab papa lebih banyak mendiamkan diri..dingin saje. awkward dibuatnya.aku pon tak tahu apa punca papa marah pada mulanya. :'(

keesokan harinya aku call papa lagi..kali ini papa makin okay, dan aku berpeluang bercakap dengan ibu. tapi malangnya aku tak dapat bercakap dengan amir and danish (adik lelaki aku) sebab diorang dah pon tido.esok sekolah laaaa =.="
apa yang best papa da makin okay, tak sedingin hari sebelumnya.

keesokannya yakni hari ini, aku call papa lagi..

aku: Assalamualaikum papa..
papa: Waalaikummussalam..kenapa?
aku: papa along nak balik esok malam (jumaat)
papa: oh, balik aje lah. rumah along jugak. nak balik pon nak bagi tahu..

---FYI rumah aku dekat aje dengan kampus aku..dalam sejam dari kampus kerumah..tapi kebiasaannya, kalau aku pemandunya, tak sampi 45 minit pon boleh sampai..hehe.. so, bagi papa aku, tak perlu nyatakan bahawa aku akan balik pada hujung minggu..tapi aku dah terbiasa beritahu papa aku,tentang plan harian aku..hehe---

aku: saje je bagitahu papa..tak salah kan?
papa: memang laa tak salah..tapi along nak bagitahu papa ni kenapa? nak papa bentang kan kapet merah ke?
aku: eh,tak ade laa papa..saje nak bagitahu (tak sempat aku habis cakap...)
papa: mane lah tahu nak papa buat bubur ke, lompat tikam ke (lompat tikam=sejenis kuih kelantan)
aku: haha, along nak bubur papa.! emmm, nak nasi kerabu lah.! (baru faham yang papa nak bergurau-perli)
papa: oh, nak nasi kerabu yer? nak ayam percik ke ikan percik? (makin rancak pekena kau)
aku: emmm, emmm, mane-mane laa papa. along makan aje..
papa: kalau ikan percik nak ikan ape?
aku: laaa, papa ni, along main-main ajelah.. (dah start mengalah..)
papa: hahaha (berdekah-dekah gelak sebagai tanda menang dengan anak sendiri)
aku: ish papa ni.. along nak cakap dengan ibu lah..
papa: ibu, ibu.! telefon nie. anak nak cakap.. (sambil jerit-jerit panggil ibu)
***rase macam hand phone dah bertukar tangan..
papa: along suruh ibu buat ikan percik.! (tetiba*)
ibu: Assalamualaikum along.. (macam ceria aje ibu)
aku: Waalaikummussalam..ibu.! papa ngade-ngade.! (mengadu)
ibu: papa,along cakap papa ngade-ngade.. (pada papa)
aku: bukan along yang nak tapi papa yang nak.. (sambil gelak)
ibu: hishhh, macam-macam..
aku: ibu sihat?
---perbualan diteruskan antara ibu dengan aku---

siap bercakap dengan ibu, aku duduk termenung dan terfikir.. papa kerap bersikap dingin.. dan apa yang aku perasan, papa akan bercakap marah-marah atau jadi dingin bila aku tak balik rumah lebih dari seminggu ditambah aku yang tak call papa sepanjang masa aku tidak balik..hmmm, rindu ke? tapi, kalau betul rindu, kenapa papa sendiri tak call aku? dan kenapa tak cakap rindu bila aku call?? adoii..pelik betul.. nak cakap rindu kat anak sendiri pon susah ke? hmmm..mungkin itu cara papa aku kot.. tapi ayah orang lain boleh pulak cakap 'rindu' kat anak dia..kenapa bukan papa aku? seingat aku, jarang sungguh papa cakap 'rindu' atau tak pernah kot.? hmmm, susah ke? adoiiii =.="