Friday 4 May 2012

dena bahrin ;)

Hai and Assalamualaikum!
Hmm.. Kali ni aku nak update pasal seorang kawan yang aku anggap kawan (bajet). nama kawan yang aku maksudkan ni ialah Dena Bahrin! kenal? alaaa, tak kan tak kenal kot.. hamba Allah yang kena proposed oleh seorang jejaka bernama Suffian Ariff . tak kenal jugak? tengok video ni kalau tak kenal jugak.



kenal dah? bagus! nama penuh dia bukan lah Dena Bahrin. tu nama komersial saje. nama penuh yang diberi ialah Nur Dianah bt Kamarul Bahrin. masa dia kene proposed umur baru aje 19. emm, nak tahu pasal macam mane dia boleh kena proposed? ha! play laa video kat atas tu. then korang tahu lah macam mana sweet nya kisah si Dena Bahrin ni. aku tengok video ni aku nangis, tak tahu laa korang. (peace ^^V) selain daripada video ni, korang boleh jugak baca kat blog dia yang pasal kena proposed ni :)

lepas kena proposed sweet macam 2, siapa tak nak terima? so, Dena Bahrin ni pon terima lah.. lebih kurang 5-6 bulan lepas tunang diorang pon kawen. ape yang best nye, diorang tak bercinta pon sebelum kawen :) sweet kan? Allah sahaja tahu bertapa sweet nya kisah diorang nie. semoga diorang kekal dan bahagia till jannah. InshaAllah ♥ ni beberapa gambar masa diorang kawen. aku amik dari twitter Dena Bahrin :) 

chantekk kan dena? :) comel sangat!
sweet nya :')


lagi sweet :')
cute aje :) malu-malu ♥




sweet +++

sesuai kan? muka pun nak sama :)

tabekk :)

hantaran! rainbow al-Quran!

ni pon part of hantaran :)

sweet plus++



bila dah kawen baru nak date. cute :)

tengok gambar pon aku nangis, apa lagi pergi majlis kawen diorang. tapi naseb baik aku tak pergi. nak pergi macam mana.. tak di jemput :( tapi elok jugak, kalau tak, mahu nya banjir satu dewan tu dek sebab aku nangis? LOL :D

oleh kerana aku tak dijemput, so tak ade lah gambar and cerita pasal majlis kawen :( tapi aku ade orang yang pergi :) nak tau cerita nya? baca lah cerita si Zharif Azis :) dia dijemput sebab dia add facebook Dena Bahrin. eden tak dapat laa nak add sebab ramai sangat dah yang add dia kat facebook. oleh kerana banyak friend request, aku pon tak boleh nak hantar friend request. aku pasti, kalau aku add Dena Bharin, kompem dia approve punya. kui kui kui *gelak malu-malu* (sekali lagi bajet)

emm, aku rasa takat ni aje lah entry aku kali ni. apa yang aku nak cakap kat sini, dena ni sangat lah adorable, kata-kata dia sangat lah inspiring. banyak bagi semangat :) apa yang penting aku suka! LOL

p/s: sebenarnya tengah tunggu, bila lah si dena yang comel nie nak update blog. orang lain pulak yang update dulu dari dena. LOL.. tak sabar nak dengar cerita dari pihak Dena Bahrin sendiri!! hehe :D

Thursday 12 April 2012

ayah aku

Assalamualaikum wbt.

hmmm,, yeee..aku tahu aku da lama tak hupdate blog ni.. (nak jadi blogger konon.! hupdate blog pon mls.!).
hehe..meh eden nak terang kan sikit kat sini (bajet orang nak tahu sangat lah kenapa kau tak hupdate blog yer?). aku bukan tak nak update blog. tapi seeloknya aku tak hupdate blog :) kenapa? due to emotional thingy.. :) so, dari aku emo-emo hupdate blog, baik aku tak hupdate :) dalam masa aku tak hupdate blog tu, aku luangkan masa untuk diri aku nih untuk muhasabah diri. lebih elok kan? heee :D

hmm, entry kali ni aku nak tulis pasal ayah aku yakni papa aku :) this is the real one okay. bukan angkat bukan tiri. ini biological father lah :D heee..aku nak tulis ape pasal dia?? hmmm..

ayah, papa, abah, walid, daddy dan ape-ape aje lah yang korang panggil kat bapa korang, aku nak cakap kat sini, seorang bapa itu penting dalam sesebuah carta keluarga. kenapa? habis, kalau ayah korang tak ade, macam mana korang nak tengok dunia ni? tak kan lah mak korang bole mengandung tanpa ada nya seorang lelaki yang bernama bapa ni.. pelik laa kalau korang tak pernah ada bapa..untuk yang bapa nya sudah tiada, jangan sedih ye? ayah korang mesti suka tengok korang..sebab korang ingat kat dia.! heee :D bagus korang ^.^
tapi aku pelik dengan orang yang ada bapa dan bapa korang care sangat-sangat pasal korang, tapi korang buat tak endah aje.. hummph.,, tak dapat eden nak tolong..masing-masing dah besar, boleh fikir sendiri tentang bertapa berharganya seorang bapa..sama juga dengan ibu..sama penting. kalau lah tiada kedua-dua tu, tak ada lah korang dalam dunia ni.tak wujud pon. jadi, bersyukur lah. pada yang rasa tak bersyukur atau yang fikir 'alah, kalau aku tak wujud pon tak ape'.. ish.! korang nih. semua itu ketentuan Illahi, jangan cakap macam tuh.! itu dah kira korang tak bersyukur dan boleh kira mempersoalkan kejadian dan ketentuanNYA. siapa lah kamu mahu mempersoalkan semua itu. DIA maha berkuasa, boleh buat apa sahaja pada bila-bila masa diluar jangkaan kita dan tanpa kita sedari. jadi bersyukur lah dengan nikmat yang diberi :)
hmmm, nak ceramah lah pulak aku ni. adoii, tape-tape..nasihat-menasihati itukan amalan kita sebagai umat Islam? hee :D

sebenarnya apa yang aku nak cerita kat sini bukan lah ceramah agama, tapi aku nak cerita pasal ayah aku :)
3 hari lepas aku ada call papa.first call,dia tak angkat. aku call lagi..banyak kali, tapi satu pon papa tak angkat. sedih jugak aku. seingat aku, aku try call papa selama 2 hari. tapi dia tak angkat satu pon. usually, kalau aku buat missed call, pasti papa aku akan call balik. tak kira pukul berapa pon. tapi kali ini tidak. macam mane laa tak sedih.. lastly, aku decided untuk text papa..

sms aku:
'papa, col along balik..'

tak sampi 5 minit papa aku call aku..
papa: haa,along nak ape?
aku: emm, emm.. saje je call papa..papa sihat?
papa: hmmm.. (then senyap)
**seterusnya perbualan yang tak penting. antara bapa dan seorang anak perempuan..
tapi perbualan tu tak lama pon. sekejap saje sebab papa macam marah and aku tak tahu nak cakap ape sebab papa lebih banyak mendiamkan diri..dingin saje. awkward dibuatnya.aku pon tak tahu apa punca papa marah pada mulanya. :'(

keesokan harinya aku call papa lagi..kali ini papa makin okay, dan aku berpeluang bercakap dengan ibu. tapi malangnya aku tak dapat bercakap dengan amir and danish (adik lelaki aku) sebab diorang dah pon tido.esok sekolah laaaa =.="
apa yang best papa da makin okay, tak sedingin hari sebelumnya.

keesokannya yakni hari ini, aku call papa lagi..

aku: Assalamualaikum papa..
papa: Waalaikummussalam..kenapa?
aku: papa along nak balik esok malam (jumaat)
papa: oh, balik aje lah. rumah along jugak. nak balik pon nak bagi tahu..

---FYI rumah aku dekat aje dengan kampus aku..dalam sejam dari kampus kerumah..tapi kebiasaannya, kalau aku pemandunya, tak sampi 45 minit pon boleh sampai..hehe.. so, bagi papa aku, tak perlu nyatakan bahawa aku akan balik pada hujung minggu..tapi aku dah terbiasa beritahu papa aku,tentang plan harian aku..hehe---

aku: saje je bagitahu papa..tak salah kan?
papa: memang laa tak salah..tapi along nak bagitahu papa ni kenapa? nak papa bentang kan kapet merah ke?
aku: eh,tak ade laa papa..saje nak bagitahu (tak sempat aku habis cakap...)
papa: mane lah tahu nak papa buat bubur ke, lompat tikam ke (lompat tikam=sejenis kuih kelantan)
aku: haha, along nak bubur papa.! emmm, nak nasi kerabu lah.! (baru faham yang papa nak bergurau-perli)
papa: oh, nak nasi kerabu yer? nak ayam percik ke ikan percik? (makin rancak pekena kau)
aku: emmm, emmm, mane-mane laa papa. along makan aje..
papa: kalau ikan percik nak ikan ape?
aku: laaa, papa ni, along main-main ajelah.. (dah start mengalah..)
papa: hahaha (berdekah-dekah gelak sebagai tanda menang dengan anak sendiri)
aku: ish papa ni.. along nak cakap dengan ibu lah..
papa: ibu, ibu.! telefon nie. anak nak cakap.. (sambil jerit-jerit panggil ibu)
***rase macam hand phone dah bertukar tangan..
papa: along suruh ibu buat ikan percik.! (tetiba*)
ibu: Assalamualaikum along.. (macam ceria aje ibu)
aku: Waalaikummussalam..ibu.! papa ngade-ngade.! (mengadu)
ibu: papa,along cakap papa ngade-ngade.. (pada papa)
aku: bukan along yang nak tapi papa yang nak.. (sambil gelak)
ibu: hishhh, macam-macam..
aku: ibu sihat?
---perbualan diteruskan antara ibu dengan aku---

siap bercakap dengan ibu, aku duduk termenung dan terfikir.. papa kerap bersikap dingin.. dan apa yang aku perasan, papa akan bercakap marah-marah atau jadi dingin bila aku tak balik rumah lebih dari seminggu ditambah aku yang tak call papa sepanjang masa aku tidak balik..hmmm, rindu ke? tapi, kalau betul rindu, kenapa papa sendiri tak call aku? dan kenapa tak cakap rindu bila aku call?? adoii..pelik betul.. nak cakap rindu kat anak sendiri pon susah ke? hmmm..mungkin itu cara papa aku kot.. tapi ayah orang lain boleh pulak cakap 'rindu' kat anak dia..kenapa bukan papa aku? seingat aku, jarang sungguh papa cakap 'rindu' atau tak pernah kot.? hmmm, susah ke? adoiiii =.="

Friday 24 February 2012

orang nie bersalah..!!

Salam alaik..
aku tahu aku tak patut tulis mende nie.. tapi aku rasa dengan menulis nie buat kan aku rasa kurang sikit kot bebannye.. mende nie aku tujukan kat member aku sorang nie.. kawan yang aku anggap kawan baik jugak laa..
kepada si dia,
weh, aku tahu aku salah..siyes salah aku tu memang besar. dan aku ngaku aku salah. and aku memang rasa bersalah.. aku dah mintak maaf kat ko and ko cakap ko da maaf kan aku.. tapi aku tak rasa ko maaf kan aku.. kalau betul ko da maaf kan aku, ko tak kan mengelak dari aku.. ye, aku tahu ko tak nak rapat sangat dah ngan aku, ngan perempuan. tapi perlu ke ko mengelak? mungkin itu cara ko kot. mungkin ko lebih selesa macam tu..tapi secara jujur nye, aku rasa sangat bersalah. ye lah..macam mane aku tak rasa bersalah, ko memang berubah kot dan nampak sangat ko mengelak dari aku.. :( dulu nya, ko skype ngan aku hari2, fb ngan aku hari2, terserempak ngan aku, kita bertegur sapa. tapi skrg, nak nampak ko online pon susah.. entah laa.. ini mungkin perasaan aku semata2 kot. biasa laa perempuan, emo je lebih kan :) tapi pape pon aku mintak maaf ngan ko.
kalau ko bace ni, pecaya lah, aku betol2 mintak maaf.. aku janji aku tak kan ulang lagi mende nie.! and aku harap ko buat yang terbaik tuk program ko ye..gudluck kawan.! :))

Tuesday 21 February 2012

sesungguh nya Islam itu indah :)

Assalamualaikum w.b.t..
entry kali nie tak nak cakap banyak..juz nak attach note jer.. :) bace dan selami lah :)




bukan susah cuma tiada kemahuan. bersyukur lah kerana di lahirkan sebagai seorang muslim :) jangan biar kan diri terus jahil terhadap diri sendiri.. sama-sama lah :) insyaAllah :) :)



Monday 20 February 2012

salah langkah ku :'(

Assalamualaikum w.b.t.. kawan2 :)
hmm..betol laa orang tua2 kate.. kalau happy jangan keterlaluan sangat.. hmmm, da kene kat batang hidung daa.. :'( tuu laa..orang cakap tak nak dengar.. nak sangat happy..hmmm..just chill aje laa syafiqah :) jangan nak happy2 sangat ok?
kepada orang tersebut, saya minta maaf sesangat-sangat..! pengajaran kepada saya supaya jangan membuat sesuatu tanpa kebenaran tuannye.. insyaAllah saya tak akan ulangi lagi..
korang pon, even mende 2 ade ngan korang, jangan sesekali buat sesuka hati.! huhu (amat ditegaskan kepada orang yang macam saya :( suka buat ikot suka hati :(
insyaAllah tak buat lagi :) amin.. :)

happy..!

Assalamualaikum w.b.t.. salam wajib jawab yer kawan2 :D


hehehe :D aku tak tahu kenapa hari nie happy sesangat..! Alhamdulillah.. tapi aku memang tersangat happy sampai rase nak menangis pon ade..huhu (sobs..) aku pon tak tahu kenapa aku happy sesangat.. nak kate menang loteri tak. nak kate dapat kete baru tak jugak (itu memang jauh sesangat laa..hahaha) nak kate sebab jumpa family pon tak jugak (da lame gila tak jumpa family.. sobs:'( ) hmmm..ntah laaa kenapa.. rahsia hati..hanya Allah sahaja yang tahu..huhu tapi ape yang penting aku memang happy hari nie :)


p/s: mende ni mungkin tak penting bagi korang, tapi mende nie penting bagi aku..! hehehe (blogakukan :p) ngeeeee :D

Sunday 19 February 2012

confused.!

Assalamualaikum w.b.t..


hi kawan2..! ini 1 lagi kemerepekan aku..sila layan.. :D hahaha.. 
aku terfikir seketika pasal 1 mende nie.. then membuat kan aku berfikir sehari suntuk.. hmmm.. so, aku decide untuk post mende nie kat blog nie.. mane laa tahu, kot2 korang boleh bagi pendapat atau pandangan.. huhuhu :)
ape yang aku terfikir, is it ok, if in a relationship perempuan lebih tua dari lelaki?? hmmm.. my mama also married to someone which is younger than her.. but i'm wondering, will the relationship last long? bukannya aku ragu2 pasal relationship between mama and abah aku.. bukan.!(tegas.!) FYI, diorang sangat lah serasi bersama :) sebab mereka saling melengkapi antara satu sama lain :)..hehehe.. i love them.! for my mama, aku sentiasa doakan dia bahagia :) :) sampai ke akhir hayat..amin :)
tapi, hmmm.. itu lah yang menjadi persoalan pada aku.. aku tengok mama macam ok, tak ade masalah.. hmmm, yelah.. sebab mereka dah selamat dah kawin :)
tapi kita? hmmm... kalau laa member korang kapel ngan lelaki yang lebih muda dari member korang.. korang tak rase pelik ke?? hmm.. and takpe ke? tapi kalau lelaki ade relation ngan perempuan muda dari lelaki tu, common laaa..tak ade laa pelik..hahaha :D
hmmmm :) sila2 laa fikir and bagi pendapat..hahaha..(korang tak rase pelik ke?)


p/s: aku tak suka laki muda dari aku =.= (kot :p)


-ini tak ade kaitan samada dengan yang hidup mahupun yang sudah kembali ke rahmatullah..(peace :D)-

Wednesday 15 February 2012

deactivate facebook..!

Assalamualaikum w.b.t..
 hi semua..! Alhamdulillah.. kite masih lagi bernafas pada hari ini..syukur.. :) and thanks korang sebab sudi membaca blog saya lagi :) :D..huhuhu
 ok2, entry kali nie nak cakap sal facebook..! hehehe.. sori lah, facebook saya da di deactivated..! i did it just now..kenapa? hehehe..entah..? saya pon tak tau :) sori lah kepada kawan2.. saya da deactivated my facebook account.. :( rasa cam nak jauh kan diri sikit dari facebook. huhuhu :) kepada kawan2 or stalker saya yang tak boleh nak view profile saya tu, mintak maaf laa ye..! bukannye saya unfriend ke block ke spam ke.. saya deactivate je :) saya sayang korang :) jangan fikir yang bukan2 ye? saya just malas nak layan facebook dah.. tengok lah kalau ade mood atau permintaan ramai (bajet seyh minah nie.! :p), saya activate balik laa kot.. huhuhu.. kalau saya nak laa..hahaha.. entah berapa lame laa saya deactivate nie, mungkin 1 hari, mungkin 1 bulan, mungkin 1 tahun dan mugkin juga da tak bukak langsung..hahaha.. tak bukak langsung tu bukan sebab saya tak nak tau..! tapi kita tak tahu kan sampai bila kita bole hidup..hehehe (betol tak kawan2??)
takat ini sahaja laa pasal facebook nie..emm, bagi korang tak tau cemana nak deactivate you guys punya facebook account, ini laa tutorial nye :) :D


Step 1: Click on 'Account Setting' then click on 'Security'. then click on 'Deactivate your account'

Step 2: Choose the reason for leaving Facebook ;( then click 'Confirm'


 Step 3: Enter your facebook account's password then click 'Deactivate Now'

Step 4: Enter the words in the box and click 'Submit'. if you can't read the words, click 'Try different words' or 'an audio captcha'.

Then this will shown..! you did it..! hahaha.. you deactivated it.. :D


do not worry ok..! akaun facebook korang tak kan dihapuskan. korang juz deactivate je. bile korang log in balik, akaun facebook korang akan di active kan balik..! hehehe
lebih kurang ngan log out laa.. tapi beza nye, bila korang deactivate,  kawan2 korang tak leh nak post kat wall korang.. and diorang tak leh nak cari profile facebook korang.. lebih kurang cam facebook korang jadi 'invisible' laa kejap sampi korang activate balik..! hehehe :)
- selamat mencuba..! -

Friday 10 February 2012

Rakyat Syria

Assalamualaikum w.b.t..

korang tahu tak pasal rakyat Syria yang kene sembelih? tak tau? so, meh nak cite sikit..(actually, ni pon kutip dari member aku.. tenkiu aiman.!)

menurut sumber iaitu 'aiman tak kesah'.. rakyat Syria ni kene sembelih sebab rakyat2 Syria memberontak.. kenape diorang memberontak? sebab depa tak puas hati dengan kerajaan..kenape tak puas hati ngan kerajaan? macam nie,, menurut sumber.. rakyat Syria ni 'sunni'..tau tak ape itu 'sunni'? 'sunni' nie ahli sunnah wal jamaah.. manakala kerajaan nye pula di takluk oleh golongan 'syiah'..tau tak 'syiah' tu ape? 'syiah' tu macam golongan sesat laa..bukan macam, tapi memang sesat.! sangat2 sesat..! bukan sesat jalan tau.. sesat jalan gak, bukan jalan ke Syria tapi jalan yang benar..iaitu jalan Allah..; kalau dah 'sunni' vs 'syiah' mesti laa akan ade yang memberontak.. dah yang tak betol nak pimpin yang betol? =.= huuu..

so, bila rakyat Syria memberontak, 'syiah' nie pon sembelih laa rakyat yang memberontak..kesian kan? jahil kan? biasa lah..dah nak akhir zaman..islam akan naik nanti..insyaAllah..amin..:)

oleh kerana rakyat Syria dah kene sembelih sana-sini, tak kan korang nak duduk diam aje? kalau tak boleh nak pegi tolong (ye lah, takot korang pulak kene sembelih kan =.=), tak salah kan untuk kita berdoa? berdoa untuk diorang semoga diselamat kan.. tak rugi pon :) dapat pahala lagi..apatah lagi mereka pon cucu cicit Nabi ADAM a.s.. seagama dengan kite kan?. so, berdoalah untuk mereka kerana insyaALLAH akan termakbul..amin :) 


original post:

The people of Syria are being slaughtered . We ask everyone to please change their pictures to this global day of prayer for Syria . We ask that people spread the word and ask others to join in prayers and qiyams for Syria today (Friday) , insha Allah . Please , please spread the word (by SHARING this post.)
-Yasmin Mogahed


p/s: korang baik sangat2 sebab doa kan untuk mereka :) baik sebab korang mencuba untuk selamatkan mereka dari jauh..:) saya terharu :'(


** maaf ye kalau info ini salah..sila2 laa komen atau betulkan ape yang tak betul..terima kasih kawan :)

Thursday 9 February 2012

20cent guy..! (part 1)

Assalamualaikum w.b.t...

/hihi korang :) hari nie aku nak cite sal kisah aku yang tetibe je tersuke jap kat sorang mamat ni..hehehe..:D aku pon tak tau ape name die tapi aku panggil die 20cent guy..hehe :D :D

begini lah kisah nye..
pada suatu hari aku nak laa ke kelas.. seingat aku masa tu kelas jam 10.15 pagi hari Rabu minggu ke-2.. kalau tak salah laa.. tapi aku turun awal, dalam jam 9.30 pagi.. saje nak breakfast dulu before ke kelas.. itu pon terlambat dah sikit..member2 aku masa tu dah ada kat cafe (cafe kampus).. diorang dah duduk makan pon..huhu..  oleh kerana nak cepat, aku pon pegi laa beli air saje (teh 'o' ais).. lepas dah bayar and dah amik balance, aku pon bergerak lah ke meja di mana member2 aku berada.. macam biasa lah, kalau cafe kampus for sure lah bercampur kan.? bukan nye dewan makan kat sekolah asrama :D so, mesti laa ade lelaki kat area2 tuu..ehehe

dah duduk pas2 sembang2 tetibe membe aku bersuara "weh, da pukul 10 lebih laa.!"  adoiii..! boleh pulak tak perasan? lebih pon lam seminit dua kot..hehehe :D aku pon tak ingat dah.. so, dengan segeranye kami bergerak untuk ke kelas.. tengah2 nak cepat2 bangun dari meja tempat kami duduk tu tetibe *tting-tting-tting..!! bole pulak aku ter'tossed' coins aku kat situ..!(entah betol ke tak bunyi coins jatuh macam tu hehe :D :D)


mesti korang tertanye2, macam mane laa bole jatuh pulak? haha..meh ::flashback.. mase aku amek balance kat kaunter tadi, aku lupe nak zip balik tempat letak coins pada purse aku..!! itu pasal laa bole jatuh..
::back to the story..coins jatuh weh..! lepas tu bole pulak ramai time tu.. aku rase sume pandang aku kot sebab buat bunyi bising tu.! aku pulak bole ter'freeze' kat situ??(member2 aku pon same =.=) adoiii.. tapi nasib baik aku cepat2 tersedar yang kelas da nak start. so, aku dengan bantuan seha, kutip laa coins 2 cepat2.. (cepat2 pon sebab nak lari dari orang2 yang kat cafe tu, malu.! >.<) bile aku nak blah dari tempat tu tetibe ade seorang jejaka panggil aku.. "awak, awak, awak..!" adoiii, sape laa pulak panggil aku 'awak' ni..da laa aku nak cepat time tu.. dengan muka yang entah bape lapis tebal, aku pon pandang laa belakang balik..huhuhu 
jejaka yang tidak dikenali ni, yang agak manis jugak orang nye dan juga kemas :D tersenyum sambil menghulurkan 20sen kat aku. aku dengan penuh segan silu, amik laa 20sen yang dihulur tu cakap "terima kasih" and then blah..tak tau laa tu duit aku ke duit yang die nak sedekah..hahaha
member2 aku pulak sebenarnye perasan yang jejaka tersebut duk panggil2, and diorang hanya memerhati dari jauh je. biar aku sensorang..huh..


ape menariknye pasal jejaka 2?
** "awak, awak, awak..!" korang tak rase ke comel bagi seorang lelaki untuk panggil seorang perempuan yang tak dikenali dengan panggilan 'awak'?? comel kot..! /blush
** seorang lelaki yang manis..!
** seorang lelaki yang kemas..!
** seorang yang ade manners..!
** ape yang penting die tolong aku..! hahaha.. da laa tak kenal =.=


tapi ape yang malang nye, aku lupa laa muke die camne..langsung tak ingat..hahaha
ape2 pon, lau die ade bace laa post ni bile2 aje, hehehe.. ini untuk 'awak' /blush

awak macam salah seorang dari video ni laa /blush



p/s: terima kasih 'awak' sebab tolong saya :) :D and hi 20cent guy..!


moral of the story: lau korang nak jumpa lelaki yang baek atau yang suka menolong, sila2 lah toss coins korang banyak2 kat tmpt public ea..? hehehe :p

Wednesday 8 February 2012

MSR S1' 2012

heybattt hey!!
assalaamualaikum w.b.t..

 hehehe :) hi kawan..! hehehe..aku create post ini sebab nak kongsi cerita pasal member2 oc aku..! aku tetibe terfikir nak wat entry pasal kami sebab tadi ade member aku upload video pasal dak2 oc ni lam youtube..!! wowww!! /shock kami msk youtube..!! hehehe.. thanks uzair :) that was so sweet of you.. :D
ok2..meh start cite2 pasal kami..huhuhu..
oc2 kali nie ade laa 40 org..eh2 jap2.. korang mesti nak tau kan oc 2 ape? hehehe..lupe plak nak cakap :D..oc 2 stands for "orientation committee".. atau lebih dikenali sebagai facilitator..dah paham kan??
ok2 sambung.. 40 orang nie terdiri dari 20 orang lelaki and 20 orang perempuan.. aku salah seorang dari 20 orang perempuan 2 laa...bkn lelaki tau :D
seperti biasa, sebelum kami2 ini menjayakan MSR (Minggu Silaturrahim), kami kena lah di latih terlebih dahulu.. sebelum melatih orang, kite kena lah memastikan diri kite terlatih dulu kan.. so, ikot jee laa..huhuhu :)


and here are some pictures and also the video that i had mentioned just now..all of this pictures and the video was recorded during the training and also MSR. hope you guys enjoy it. :) :D :)


during training :) :)



during MSR :) :D




video of us :D :D









Sunday 5 February 2012

what makes you beautiful



sume org chanteekkk.. jom nyanyi..!!





nie lyrics nye.!


you're insecure, don't know what for
you're turning heads when you walk through the do-o-or
don't need make-up, to cover-up
being the way that you are is eno-o-ough

everyone else in the room can see it
everyone else but you-ou

baby you light-up my world like nobody else
the way that you flip your hair gets me overwhelmed
but when you smile at the ground, it ain't hard to tell
you don't know oo-ohh
you don't know you're beautiful..!
if only you saw what i can see
you'll understand why i want you so desperately
right now i'm looking at you and i can't believe
you don't know oo-ohh
you don't know you're beautiful oo-ohh
that's what makes you beau-ti-ful..!!

so girl come on, you got it wrong
to prove i'm right, i put it in a so-o-ong
i don't know why, you're be-ing shy
and turn away when i look into your eye-eye-eyes

everyone else in the room can see it
everyone else but you-ou

baby you light-up my world like nobody else
the way that you flip your hair gets me overwhelmed
but when you smile at the ground, it ain't hard to tell
you don't know oo-ohh
you don't know you're beautiful..!
if only you saw what i can see
you'll understand why i want you so desperately
right now i'm looking at you and i can't believe
you don't know oo-ohh
you don't know you're beautiful oo-ohh
that's what makes you beau-ti-ful..!!

Naa na na na na na naaaa na na,Naa na na na na na.Naa na na na na na naaaa na na,Naa na na na na na.
baby you light-up my world like nobody else
the way that you flip your hair gets me overwhelmed
but when you smile at the ground, it ain't hard to tell
you don't know oo-ohh
you don't know you're beautiful..!
baby you light-up my world like nobody else
the way that you flip your hair gets me overwhelmed
but when you smile at the ground, it ain't hard to tell
you don't know oo-ohh
you don't know you're beautiful..!

if only you saw what i can see
you'll understand why i want you so desperately
right now i'm looking at you and i can't believe
you don't know oo-ohh
you don't know you're beautiful oo-ohh
you don't know you're beautiful oo-ohh
that's what makes you beau-ti-ful..!!

p/s: selamat menyanyi korang..!! boleh tuju kat member2, awek2.. lelaki pon bole.. :D

-->mesti ingat, segala yang Allah cipta adalah chanteekkk.. :) :) :)





Saturday 4 February 2012

demam selsema?

hehehe... aku post entri ni sebab ada member aku demam selsema. termasuk hari ni dah empat hari dah dia demam. ao, as an alternative untuk tolong dia dari jauh, aku pun search lah internet cara-cara meredakan demam selsema. so, ini petua orang-orang tua lah.

Demam selsema- gerakkan kaki anda ke dapur. tak kesah lah dapur mak ke, dapur sendiri ke, dapur jiran pon bolehhh. ambil seulas bawang putih. kalau ambil jiran punya jangan lupa minta okeh. tapi kalau dapur sendiri tak perlu lah kot HAHA. itu dah demam tahap pap pun aku tatau lah. heeee. that bawang putih yang seulas itu perlu lah ditelan, tapi jangan di telan tanpa mengunyahnya, nanti yang tak ada halkum jadinya ber-halkum, yang dah ber-halkum jadi dua pulak kang. and perlu dikupas dan dibuang kulitnya. bawang putih ni perlu ditelan setiap kali after having a meal okay. MEAL okay bukan supper. got it? seelok-eloknya 3 kali sehari (kalau nak cepat sembuh lah) 

okay, tak ada cara lain ke selain telan bawang tu? yes, there is another way, no worries okay :)
selain dari telan seulas bawang putih, boleh juga minum air perahan bawang putih dan limau. bukan limau mandarin or sunquick okay. ini limau nipis tahu. selepas itu, boleh lah berkumur menggunakan air wap bawang putih.

howkeyh, itu petua orang tua. ini 'pemuda' orang muda pula. senang cerita ini 'pemuda' dari saya lah. apa susah, kalau rasa macam nak demam, pakai saja baju tebal-tebal agak 10 lapis, then take a nap. bangun aku kompem gila lah kau akan berpeluh. masa tu mesti punya lah kau orang rasa a lil bit selesa (of course lepas mandi). senang kan? tak payah nak telan bawang putih bagai. err, kalau aku pon tak nak eh telan. HAHA

In Shaa Allah dengan izinNya sihat lah kita. walauapapun kita sebagai orang Islam jangan lah lupa untuk berdoa okay. berdoalah dan memohonlah kita kepadaNya supaya diberi kesihatan yang terbaik untuk diri sendiri. the most important part tu :)

pesanan dari penaja: jangan lupakan kebersihan. basuh tangan everytime nak makan okay, before and after.  

hopefully kamu sehat cepat cepat :D

Saturday 28 January 2012

it's started..!

welcoming cupcakes!


hi..! my name is Nurul Syafiqah..! yeay! kinda excited laaa..huhuhu.. lastly, dapat gak laa wat blog.. ehem, ehem (betulkan suara sikit) dengan ini, pada tanggal 28jan2012 tepat pukul 11.47pm, saya dengan rasmi nya menjadi blogger..! weheheheheee..@.@

jap2..ape yang aku mengarut nie?? my first post mesti laa pasal diri yang tak seberape ini kan??..ok2..jom kita start..jeng.jeng.jeng (sound effect sikit)

hi..! my name is Nurul Syafiqah Bt Hakhiruzzaman (ulang balik,, hehehe). this year umur saya 21, tapi tak masuk pon lagi.. so, 20 laa kan?? kalau orang tanya pasal umur, 20 menjadi jawapan.. biasa laaa orang tak sedar diri..! hehehe.. (sedar pon..!)

(eh2..syafiqah, stop mengarut..! sambung..!) saya anak pertama dari 6 orang adik beradik. hoho,, banyak nye.. sebenarnye.. (STOP..! jangan duk men pusing2 lg k.!)

ape lagi, saya lahir pada 3 okt0ber 1991. lahir waktu maghrib..ermm,,ape lg...masih belajar.. currently, taking BET medical electronics di Unikl BMI.. sekarang 2nd year.. ade lg 2taun nak kne blaja..ape lagi..? tak ade da kot.. hehe.. okay laa.. sampai sini aje kot untuk 1st entry.. hehee gud nite guys!


p/s: hope korang enjoy blog nie.! n jangan lupe follow ea..? hehe.. nity nite guys.!