Hai and Assalamualaikum!
Hmm.. Kali ni aku nak update pasal seorang kawan yang aku anggap kawan (bajet). nama kawan yang aku maksudkan ni ialah Dena Bahrin! kenal? alaaa, tak kan tak kenal kot.. hamba Allah yang kena proposed oleh seorang jejaka bernama Suffian Ariff . tak kenal jugak? tengok video ni kalau tak kenal jugak.
kenal dah? bagus! nama penuh dia bukan lah Dena Bahrin. tu nama komersial saje. nama penuh yang diberi ialah Nur Dianah bt Kamarul Bahrin. masa dia kene proposed umur baru aje 19. emm, nak tahu pasal macam mane dia boleh kena proposed? ha! play laa video kat atas tu. then korang tahu lah macam mana sweet nya kisah si Dena Bahrin ni. aku tengok video ni aku nangis, tak tahu laa korang. (peace ^^V) selain daripada video ni, korang boleh jugak baca kat blog dia yang pasal kena proposed ni :)
lepas kena proposed sweet macam 2, siapa tak nak terima? so, Dena Bahrin ni pon terima lah.. lebih kurang 5-6 bulan lepas tunang diorang pon kawen. ape yang best nye, diorang tak bercinta pon sebelum kawen :) sweet kan? Allah sahaja tahu bertapa sweet nya kisah diorang nie. semoga diorang kekal dan bahagia till jannah. InshaAllah ♥ ni beberapa gambar masa diorang kawen. aku amik dari twitter Dena Bahrin :)
chantekk kan dena? :) comel sangat!
sweet nya :')
lagi sweet :')
cute aje :) malu-malu ♥
sweet +++
sesuai kan? muka pun nak sama :)
tabekk :)
hantaran! rainbow al-Quran!
ni pon part of hantaran :)
sweet plus++
bila dah kawen baru nak date. cute :)
tengok gambar pon aku nangis, apa lagi pergi majlis kawen diorang. tapi naseb baik aku tak pergi. nak pergi macam mana.. tak di jemput :( tapi elok jugak, kalau tak, mahu nya banjir satu dewan tu dek sebab aku nangis? LOL :D
oleh kerana aku tak dijemput, so tak ade lah gambar and cerita pasal majlis kawen :( tapi aku ade orang yang pergi :) nak tau cerita nya? baca lah cerita si Zharif Azis :) dia dijemput sebab dia add facebook Dena Bahrin. eden tak dapat laa nak add sebab ramai sangat dah yang add dia kat facebook. oleh kerana banyak friend request, aku pon tak boleh nak hantar friend request. aku pasti, kalau aku add Dena Bharin, kompem dia approve punya. kui kui kui *gelak malu-malu* (sekali lagi bajet)
emm, aku rasa takat ni aje lah entry aku kali ni. apa yang aku nak cakap kat sini, dena ni sangat lah adorable, kata-kata dia sangat lah inspiring. banyak bagi semangat :) apa yang penting aku suka! LOL
p/s: sebenarnya tengah tunggu, bila lah si dena yang comel nie nak update blog. orang lain pulak yang update dulu dari dena. LOL.. tak sabar nak dengar cerita dari pihak Dena Bahrin sendiri!! hehe :D